"Selangor Kerajaan Perpaduan Membawa Kestabilan, Kemakmuran, Pertumbuhan Ekonomi Yang Positif, dan Mengangkat Martabat rakyat" - Dato' Romli Ishak

Liputan Harian Berita Politik Terkini Romli Ishak

Pencalonan Calon Bagi PRN 15 Telah pun selesai Hari ini 29 Julai 2023

Ayuh semua, pastikan untuk turun mengundi dan undilah kerajaan perpaduan. Kita pilih kestabilan dan kemakmuran. Insyaallah. 


Jelajah Madani Romli Ishak Bersama Calon N20 Dan N39 Di Pulau Pinang

Insyaallah, selesai program petang ini, boleh bertemu saya di Kabin MPKK Mahsuri pada Jam 9.00 Malam ini. Saya akan bersama Calon Pantai Jerejak Sdr Fahmi Zainol. Jom sembang santai bersama dengan kami malam ini. Jumpa nanti malam ya


Datuk Seri Salahuddin Ayub meninggal dunia pada 9.23 malam 23 Julai 2023 

Dengan penuh dukacita menerima perkhabaran sebentar sahaja tadi daripada setiausaha akhbar kepada menteri KPDN yang telah mengesahkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN), Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga antara salah seorang sahabat perjuangan saya, dikhabarkan telah menghembuskan nafas terakhirnya malam tadi. Selanjutnya... 

Malam Pengumuman Calon Keadilan bagi PRN15 yang akan datang tak lama lagi 

Calon-calon yang terpilih akan menandatangani aku janji setia dan bon dengan parti sebagai salah satu syarat untuk menjadi calon.

Dijemput semua rakyat di kawasan sekitar untuk turun beramai-ramai bagi mendengar penerangan kami atas isu-isu semasa serta senarai calon KEADILAN yang bakal bertanding.Selanjutnya... 

Sanusi hilang status MB, kerusi ADUN jika bersalah 

Bagaimanapun, peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu berisiko hilang status sebagai Menteri Besar Kedah dan kerusi DUN yang mungkin dimenangi beliau pada PRN nanti. Selanjutnya disini.. 

Dato' Romli Ishak meraikan jentera yang hadir buat persiapan untuk Jelajah Madani Dun Suka Menanti

Kedah - Rabu, 19 Julai 2023 jam 12.00 tengah hari,  Dato' Romli Ishak meraikan jentera jentera pakatan harapan yang sedang membuat persiapan untuk Jelajah Madani pada jam 8:30 malam nanti yang akan dihadiri oleh YB Rafizi Ramli. Kepada semua warga kedah di kawasan boleh hadir untuk bersama memeriahkan Jelajah Madani Kedah malam ini yang akan berlangsung di Dataran Dewan Blok A Taman Wira Mergong Alor Setar. Selanjutnya disini.. 

Dato' Romli Ishak Dilantik Sebagai Chairman Cyberview Sdn Bhd

Dengan pengalaman 15 tahun sebagai usahawan berjaya dalam bidang teknologi, dan juga pengalaman selama 7 tahun dalam pentadbiran urus korporat, Cyberview Sdn Bhd memilih beliau sebagai Pengerusi Cyberview.  minat dan semangat Dato' Romli terhadap pembangunan keusahawanan dan bakat telah menjadikannya seorang mentor dan penasihat yang dicari dalam industri teknologi dan inovasi. Selanjutnya disini.. 

Dato' Romli Ishak bersama YB Rafizi Ramli hadir  Jelajah Madani Kelantan di Dun Kota Lama dan Dun Pasir Pekan

Kelantan - Sabtu, 15 Julai 2023  Dato' Romli Ishak bersama YB Rafizi Ramli telah hadir ke Jelajah Madani Negeri Kelantan, Dun kota lama dan Dun pasir pekan bagi turut menyokong rakan perjuangan dan jentera jentera pakatan harapan di Kelantan di Dun Kota Lama dan Dun Sri Pekan. Selanjutnya disini..